Tuesday 8 November 2011

NASIHAT



Sekiranya mahu menjadi seorang penasihat,
Hendaklah seperti salji,
Lagi perlahan ia turun,
Lebih jauh ia meresap ke hati nurani.

Friday 4 November 2011

PENGERTIAN TAUHID



Tauhid dapat diberikan dalam dua pengertian, iaitu:
1) Pengertian dari sudut Bahasa
2) Pengertian dari sudut Istilah

Pengertian dari sudut Bahasa


Menurut pengertian bahasa, Tauhid mempunyai beberapa maksud, antaranya adalah:

a) Tauhid menurut pengertian Bahasa ialah menetapkan sesuatu itu adalah Esa.

b) Menurut pengertian Bahasa, Tauhid ialah mengakui bahawa sesuatu itu Esa dan mengEsakan.

c) Tauhid dari sudut pengertian Bahasa bermaksud mengakui atau beriktikad bahawa Allah itu Maha Esa.



Pengertian dari sudut Istilah


Pengertian Tauhid dari sudut Istilah dapat diberikan dalam beberapa maksud seperti :

a) Tauhid bermaksud mengakui bahawa tiada tuhan langsung melainkan Allah

b) Tauhid bermaksud mengetahui, mengakui, menetapkan, beriktikad atau meyakinkan bahawa tuhan yang disembah hanyalah Allah.

c) Menurut Istilah, Tauhid merupakan sesuatu ilmu untuk menetapkan aqidah yang di dasarkan kepada dalil-dalil yang terang lagi jelas.

d) Tauhid menurut pengertian ulama` Mutakallimin atau ulama` Tauhid bermaksud suatu ilmu yang membahaskan bahawa Esanya Allah dan segala sifat yang wajib bagiNya dan segala sifat yang mustahil serta segala sifat yang harus bagi Allah. Antara lain ilmu Tauhid juga membahaskan tentang kerasulan nabi yang diutuskan oleh Allah, sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi seseorang rasul itu.

e) Ilmu Tauhid merupakan suatu ilmu yang membincangkan tentang cara-cara menetapkan aqidah dalam beragama dengan cara menggunakan dalil-dalil yang meyakinkan, samada dalil-dalil itu merupakan dalil naqli, dalil `aqli atau dalil melalui naluri jiwa.

sumber rujukan : Pengantar Ilmu Tauhid, Teks Komprehensif Pengajian Islam oleh Abd. Latif Muda dan Rosmawati Ali@Mat Zin