JIWA NURANI
Tuesday, 8 November 2011
NASIHAT
Sekiranya mahu menjadi seorang penasihat,
Hendaklah seperti salji,
Lagi perlahan ia turun,
Lebih jauh ia meresap ke hati nurani.
Friday, 4 November 2011
PENGERTIAN TAUHID
Tauhid dapat diberikan dalam dua pengertian, iaitu:
1) Pengertian dari sudut Bahasa
2) Pengertian dari sudut Istilah
Pengertian dari sudut Bahasa
Menurut pengertian bahasa, Tauhid mempunyai beberapa maksud, antaranya adalah:
a) Tauhid menurut pengertian Bahasa ialah menetapkan sesuatu itu adalah Esa.
b) Menurut pengertian Bahasa, Tauhid ialah mengakui bahawa sesuatu itu Esa dan mengEsakan.
c) Tauhid dari sudut pengertian Bahasa bermaksud mengakui atau beriktikad bahawa Allah itu Maha Esa.
Pengertian dari sudut Istilah
Pengertian Tauhid dari sudut Istilah dapat diberikan dalam beberapa maksud seperti :
a) Tauhid bermaksud mengakui bahawa tiada tuhan langsung melainkan Allah
b) Tauhid bermaksud mengetahui, mengakui, menetapkan, beriktikad atau meyakinkan bahawa tuhan yang disembah hanyalah Allah.
c) Menurut Istilah, Tauhid merupakan sesuatu ilmu untuk menetapkan aqidah yang di dasarkan kepada dalil-dalil yang terang lagi jelas.
d) Tauhid menurut pengertian ulama` Mutakallimin atau ulama` Tauhid bermaksud suatu ilmu yang membahaskan bahawa Esanya Allah dan segala sifat yang wajib bagiNya dan segala sifat yang mustahil serta segala sifat yang harus bagi Allah. Antara lain ilmu Tauhid juga membahaskan tentang kerasulan nabi yang diutuskan oleh Allah, sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi seseorang rasul itu.
e) Ilmu Tauhid merupakan suatu ilmu yang membincangkan tentang cara-cara menetapkan aqidah dalam beragama dengan cara menggunakan dalil-dalil yang meyakinkan, samada dalil-dalil itu merupakan dalil naqli, dalil `aqli atau dalil melalui naluri jiwa.
sumber rujukan : Pengantar Ilmu Tauhid, Teks Komprehensif Pengajian Islam oleh Abd. Latif Muda dan Rosmawati Ali@Mat Zin
Sunday, 30 October 2011
MINTALAH KEPADA ALLAH
كَادَ الْفَقْرُ أَنْ يَكُوْنَ كُفْرًا
"Hampir-hampir kefakiran membawa kekufuran"
Melihatkan persekitaran dan artikel-artikel yang terpampang di dada akhbar, saya mengakui kebenaran hadis di atas. Kebanyakan yang mempunyai masalah kewangan sanggup melakukan apa sahaja asalkan masalah kewangan mereka selesai ataupun dapat melarikan diri dari masalah kewangan. Amat dahsyat kerana ada umat islam yang sanggup membunuh diri kerana kesempitan hidup dan dirundung masalah kewangan. Lebih keji lagi ada yang sanggup menukarkan agama setelah di tawarkan kewangan untuk menyara hidup.
Kenapa sampai jadi begini. Kemana perginya aqidah kita sebagai umat islam. Umat akhir zaman yang mendapat petunjuk dari tinggalan junjungan kita, Muhammad s.a.w iaitu al Quran dan Al Hadith. Kenapa sanggup menggadai aqidah? Jika kita mendalami Ilmu Tauhid, Ilmu Fiqh dan Ilmu Tasawwuf, maka kita akan menemui sesuatu sebagai penyelesai masalah kehidupan ini.
Ayuhai saudara seagamaku, daku memperingati diriku juga kalian...
Dalam seharian kita, senantiasa ada rezeki yang tampil
Cuma dalam kita sedar atau tidak sahaja
Mohonlah rezeki kepada Allah setiap hari
Jika tidak mencukupi, mintalah lagi
Tapi jangan minta kepada manusia
Mintalah kepada Allah
Minta kepada manusia kadang-kadang di cemuh
Akan tetapi Allah merindui suara-suara hambanya yang merintih meminta-minta kepadaNya
Dalam seharian kita, senantiasa ada rezeki yang tampil
Cuma dalam kita sedar atau tidak sahaja
Mohonlah rezeki kepada Allah setiap hari
Jika tidak mencukupi, mintalah lagi
Tapi jangan minta kepada manusia
Mintalah kepada Allah
Minta kepada manusia kadang-kadang di cemuh
Akan tetapi Allah merindui suara-suara hambanya yang merintih meminta-minta kepadaNya
Mintalah kepada Allah
Friday, 28 October 2011
7 NAMA RASULULLAH
Dari Jubair bin Muth’in, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:"Aku mempunyai lima nama. Aku Muhammad (dipuji), aku Ahmad (amat terpuji), aku Mahi (penghapus) yang Tuhan menghapuskan kekafiran dengan usahaku, aku Hasyir (pengumpul) di mana dikumpulkan manusia di belakangku dan aku ‘Aqib (penghabisan)." -
Para ulama menambah lagi dua nama Rasulullah iaitu
Toha dan Yaasin. Hal ini kerana terdapat perkataan `ka` selepas Ayat Toha dari surah Toha dan selepas ayat Yaasin dalam surah Yaasin.Kalimat `ka` bermaksud kamu yang merujuk kepada Rasulullah.
Semoga beroleh manfaat dari secebis ilmu ini.
Thursday, 27 October 2011
ILMU TAUHID
Ilmu Tauhid sebenarnya turut dikenali dengan beberapa nama yang lain iaitu :
1. Ilmu Usuluddin
2. Ilmu Tauhid dan Sifat
3. Ilmu Kalam
4. Ilmu Akidah
Ilmu Usuluddin
Ilmu Tauhid di kenali sebagai Ilmu Usuluddin kerana padanya terdapat perbahasan yang memfokuskan kepada perbincangan aqidah yang merupakan perkara asas dalam agama dan semua hukum syarak.
Ilmu Tauhid dan Sifat
Ilmu Tauhid dan Sifat menjadi salah satu daripada nama Ilmu Tauhid kerana antara intipati ilmu ini membincangkan mengenai perkara tauhid dan sebahagian besarnya pula mengenai sifat-sifat Allah yang berkaitan dengan Zat. Manakala sejumlah yang lain pula lebih banyak memfokuskan perkara tauhid kepada Allah dalam semua bidang.
Ilmu Kalam
Terdapat beberpa sebab mengapa Ilmu Tauhid cukup di kenali dengan nama Ilmu Kalam. Antara sebabnya adalah :
a) Terdapat peristiwa perselisihan faham antara ulama mengenai Kalam Allah, iaitu Al Quran, sama ada ia Qadim atau makhluk Allah. Akibat daripada peristiwa itu, umat islam terbahagi kepada dua puak.
b) Perbincangan khusus dan isi kandungan Ilmu Tauhid kebanyakannya berkaitan dengan Kalam atau teori. Ia tidak melibatkan amalan anggota atau praktikal secara zahir.
c) Pada Ilmu Tauhid juga terdapat perbincangan dalil-dalil bagi asas-asas aqidah yang menyamai dengan Ilmu Mantik. Oleh sebab itu ia di namakan dengan Ilmu Kalam bersamaan Ilmu Mantik. Ilmu ini mula tersebar luas semasa zaman pemerintahan Abbasiyah. Semasa pemerintahan Al M`amun, buku-buku Falsafah dan Mantik telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Pada zaman itu juga perdebatan mengenai masalah Falsafah, Tauhid dan Mantik telah tersebar luas.
Ilmu Aqidah
Ilmu Tauhid juga amat terkenal dengan nama Ilmu Aqidah kerana ia banyak membahaskan perkara atau persoalan yang berkaitan dengan pegangan dan kepercayaan dalam agama Islam. Ia banyak membincangkan perkara-perkara yang menyeleweng dari agama islam serta aqidah-aqidah yang sesat serta sumber-sumber aqidah yang sebenarnya. Ilmu ini juga banyak membincangkan persoalan kepercayaan kepada rukun iman dan rukun islam.
Monday, 24 October 2011
TANGISAN PENGHARAPAN
Air mataku hanyalah untuk Allah
Pengharapanku hanyalah layak untuk Allah
Keyakinanku bernaung di bawah keagunganMu
Sujudku hanyalah untuk Allah
AKHLAK RASULULLAH
Sahabat...
Jika mahu kau mahu dirimu berhijrah dari keburukan kepada kebaikan, maka dengarkanla nasihatku.
Hendaklah kau memperbaiki akhlak dirimu. Kerana bangsa yang berilmu tetapi tidak berakhlak merupakan bangsa yang tidak beramadun. Dari itu, ayuhlah bersamaku, kita susuli akhlak junjungan kita. Semoga dapat mendamaikan jiwa....
Mulianya akhlak rasulullah...
Tiada tandingan...
Walau tidak termampu untuk menyamai akhlak rasulullah, namun berusahalah untuk mencontohinya.
Semoga kita bertemu bersamanya diakhirat kelak.
bersama golongan yang mencintainya
Ameen
Jika mahu kau mahu dirimu berhijrah dari keburukan kepada kebaikan, maka dengarkanla nasihatku.
Hendaklah kau memperbaiki akhlak dirimu. Kerana bangsa yang berilmu tetapi tidak berakhlak merupakan bangsa yang tidak beramadun. Dari itu, ayuhlah bersamaku, kita susuli akhlak junjungan kita. Semoga dapat mendamaikan jiwa....
Mulianya akhlak rasulullah...
Tiada tandingan...
Walau tidak termampu untuk menyamai akhlak rasulullah, namun berusahalah untuk mencontohinya.
Semoga kita bertemu bersamanya diakhirat kelak.
bersama golongan yang mencintainya
Ameen
Subscribe to:
Posts (Atom)